Additional information
Penerangan | Jambatan Penghubung Hamba dan Pencipta Doa dipanjatkan sebagai permohonan, permintaan dan restu daripada Tuhan dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kekuasaan-Nya bahawa akan terjadinya keajaiban yang diharap-harapkan. Pelbagai amalan doa diwariskan sebagai panduan umat Islam dalam meniti dan memperbaik kualiti kehidupan bagi menebus jiwa yang berdosa dan mencari pintu taubat. Kadangkala, Allah menyayangi hamba-Nya dengan cara yang unik. Allah menurunkan pelbagai ujian dan cabaran, lebih-lebih lagi buat hamba-Nya yang berserah diri dan bertawakal kepada-Nya. Ada yang dimakbulkan terus doanya, dan ada juga yang dibiarkan terus menunggu. Mengapa? Tidak sayangkah Allah kepada para hamba-Nya? Jawapannya ialah Allah mahu menempatkan kita lebih dekat dengan-Nya, agar kita sentiasa mengakui kelemahan diri dan memohon kekuasaan-Nya. Firman-Nya yang bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan!” Oleh itu, teruslah berdoa kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ———————————————– Keistimewaan buku ini: Terdapat 101 Doa para nabi dalam al-Quran berserta khasiat dan kaifiat beramal seterusnya menyingkap rahsia munajat para nabi. |
---|
Reviews
There are no reviews yet.