MAKLUMAN
"Apakah erti ibadah haji dan umrah kepada anda?" Jika solat mengajar anda menjadi insan yang tidak melakukan maksiat dan kemungkaran, maka semestinya anda ingin tahu bagaimanakah pula haji mengajar anda. Kupasan menarik 8 hikmah yang terkandung di dalam buku ini akan menjawab segala persoalan tersebut.
Istighfar dan taubat ialah jalan kebenaran dalam mencari ruang keampunan Allah SWT. Kedua-dua amalan ini saling melengkapi dalam usaha manusia meraih kurniaan pengampunan terhadap Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya, Allah SWT telah memuji insan-insan yang memohon keampunan dan kembali ke landasan Islam yang sebenar, di samping menjanjikan ganjaran dan pahala yang amat besar.
Al-Quran ini mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya adalah pada setiap muka surat diletakkan ayat permulaan awal di muka surat seterusnya untuk memudahkan pembacanya mengenali ayat yang seterusnya. Al-Quran ini turut memaparkan gambar yang menunjukkan makhraj huruf bagi memudahkan pembaca mempraktiskan huruf yang disebut untuk bacaan yang betul.
Kitab Mahasin Al-Islam” (Keindahan Islam) ini adalah hasil koleksi tulisan daripada beberapa orang pensyarah Universiti Islam Madinah (UIM). Ia kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di bawah projek yang dikelolakan oleh Jabatan Kajian Ilmiah UIM. Saya diberi tanggungjawab untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, serta beberapa buah buku lain sepanjang menjadi mahasiswa di UIM.
Ilmu dan hukum-hukum fiqah lahir bersama kelahiran Islam kerana Islam merupakan himpunan akidah, akhlak, dan hukum-hakam amali (fiqah). Himpunan hukum fiqah ini terdiri daripada hukum-hukum Allah dan rasul-Nya, yang mana sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah, iaitu fatwa-fatwa semasa Rasulullah SAW terhadap peristiwa, hukuman dalam perbalahan, dan jawapan terhadap pertanyaan.
Siti Nur Murni; anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang kebaratan.Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan.Murni berusaha untuk melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia.
Buku Marah Tapi Sayang menyediakan panduan dan tip-tip untuk menangani isu-isu remaja yang dihadapi oleh ibu bapa kini. Berbekalkan pengalaman sebagai pendidik yang sentiasa bersama remaja, penulis menggariskan strategi menangani konflik, mengurangkan kekecewaan, dan meningkatkan komunikasi bertoleransi. Kaedah komunikasi berilustrasi ini, memberi panduan yang berinovasi untuk menyelesaikan masalah remaja.
| Today: | 185 |
| Yesterday: | 499 |
| This Week: | 3233 |
| Last Week: | 4677 |
| This Month: | 11261 |
| Total: | 640026 |
| 56% | | 0.3% | | 0.2% | |||
| 41.4% | | 0.3% | | 0% | |||
| 0.4% | | 0.2% | | 0% |
TELAGA BIRU SDN. BHD.
28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200, Kuala Lumpur
E-mail: admin@telagabiru.net.my
Telephone: 03-62754070
Fax: 03-62754110