PROGRAM HIBAH AL-QURAN

PROGRAM HIBAH AL-QURAN 2025

Sebuah jalinan kerjasama bersama Telaga Biru ✘ Pertubuhan Jelajah Masjid Malaysia (PERJELAS) dalam misi mengumpul dana awam. Jumlah nilai yang terkumpul akan digunakan untuk mencetak al-quran yang akan diagihkan kepada institusi terpilih.

“Hibah menurut istilah fiqh bermaksud pemberian hak milik kepada seseorang tanpa balasan (iwad) sewaktu hidupnya. Hibah, hadiah dan sedekah mempunyai makna yang hampir sama” (Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/175)

Apa itu Hibah ?

Telaga Biru Sdn Bhd

Telaga Biru merupakan sebuah syarikat penerbitan bahan ilmiah yang berfokuskan bidang agama, pendidikan serta karya motivasi. Selain itu, Telaga Biru juga menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, efektif dan efisien bagi berdakwah serta mendidik manusia ke arah mengamalkan cara hidup Islam berpandukan akidah, syariat dan akhlak islamiah.

Pertubuhan Jelajah Masjid Malaysia

Pertubuhan Jelajah Masjid Malaysia (PERJELAS) merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang berperanan menziarahi masjid-masjid terpilih di Malaysia untuk menyelidiki keperluan dan bantuan yang diperlukan. Pertubuhan ini menjadi medium untuk menyebarkan amalan terbaik bagi masjid-masjid seluruh negara selaras dengan slogan mereka ‘Menjana Ekomuniti Masjid’.

program hibah al-quran

OBJEKTIF PROGRAM

Program Hibah al-Quran sepanjang tahun 2025 diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memberi hibah dalam bentuk nilai ringgit (RM). Jumlah wang yang terkumpul akan ditukarkan menjadi produk, iaitu al-quran. Program ini dijalankan sepanjang tahun 2025 bermula Januari 2025 sehingga Disember 2025.

Naskah al-quran yang terkumpul melalui nilai ringgit yang dihibahkan akan diagihkan kepada tempat yang dipilih oleh pihak PERJELAS setelah tamatnya Program Hibah al-quran pada Disember 2025.

Manfaat Hibah

Pahala Berterusan

Setiap kali al-quran yang dihibah dibaca, pahala akan terus mengalir kepada anda

Berkongsi Keberkatan

Memberi peluang kepada institusi/ organisasi menggunakan al-quran yang baru & menggantikan yang lusuh

Menyebarkan Al-Quran

Dapat menyebarluaskan naskah al-quran ke seluruh tempat & tumpuan masyarakat Islam

program hibah al-quran

Proses Hibah & Agihan Al-Quran

Kutipan Dana Hibah

Proses kutipan dana hibah berlangsung sepanjang tahun 2025 dan akan dijumlahkan dalam bentuk naskhah Al-Quran.

Cetakan Al-Quran

Proses cetakan al-quran bermula mengikut jumlah dana hibah yang terkumpul sepanjang 2025.

Agihan Al-Quran

Diagihkan kepada institusi masjid, surau, pusat komuniti islam, agensi kerajaan dan tempat terpilih yang sesuai.

program hibah al-quran

Laporan Agihan Dana Hibah

Laporan akan dikemaskini setelah proses agihan, dijangka berlaku pada awal tahun 2026. Laporan termasuklah

Z

Jumlah nilai Kutipan hibah

Z

Jumlah Al-Quran yang dicetak

Z

Gambar Agihan naskah al-quran

Jom Hibah Sekarang !

Anda boleh hibah melalui kod qr yang boleh dimuat turun dan scan untuk hibah. Cara kedua anda boleh bayar secara manual melalui akaun bank dibawah

Kaedah 1

Kaedah 2

Untuk hibah secara manual, tuan puan boleh hibah melalui nombor akaun di bawah:

Akaun : Telaga Biru Sdn Bhd
Nama Bank: Bank Rakyat
No Akaun : 113961003374
Rujukan : Hibah Quran

LAFAZ HIBAH

“Inilah wang sebanyak RM___  yang dihibahkan pada tahun 2025 kerana Allah Ta’ala”.

Soalan Lazim

bagaimana untuk pastikan hibah digunakan dengan betul ?

Semua agihan naskah al-quran akan disertakan gambar dan laporan yang akan dikemaskini di laman ini.

Berapakah jumlah minimum untuk hibah ?

Tiada minimum hibah kerana kami akan mencetak al-quran melalui jumlah hibah yang terkumpul pada akhir tahun.

kemanakah wang hibah akan digunakan ?

Wang hibah yang terkumpul akan digunakan untuk mencetak al-quran yang akan diagihkan kepada institusi yang terpilih.

Bilakah tempoh hibah ini dibuka ?

Bermula dari Januari 2025 sehingga Disember 2025.

Pertanyaan Lain ? Emel Kami

© 2025 Telaga Biru Sdn Bhd (429118-A) & PERJELAS PPM-029-16-3003202

N/A
error: Content is protected !!